Soalan percubaan PMR Perak

Assalamualaikum wbt & salam semua,

 

Saya baru jer selesai meng'upload' set-set soalan trial pmr utk beberapa subjek. Anda boleh dapatkan soalan Science, Mathematics, Sejarah, BM, dan Pendidikan Islam. Pastikan komputer anda mempunyai perisian Adobe Reader kerana semua set soalan tersebut adalah dalam format "pdf". Senarai ini boleh didapati di pautan sebelah kanan ----->

 

Semua set soalan tersebut adalah dari Perak. Kami baru shj selesai trial minggu lepas. Buka sekolah sahaja nanti, semua result perlu dikemaskini dan dihantar. (Nampaknya, cuti ini bukanlah 'cuti' bagi kami guru2 pmr ... Xp )

 

Buat masa ini, hanya 5 subjek sahaja yg dpt dimasukkan ke dlm blog ini. Dan, hanya Science & Maths sahaja mempunyai skima pemarkahan. Yg lain, InsyaALLAH akan menyusul kemudian. Lagipun, guru2 yg lain tgh giat menanda kertas masing2. Tak elok lah kalau saya pula sibuk2 dapatkan skima jawapan dpd mereka.

 

Takde ke sape2 yg nak join kongsi kertas percubaan negeri2 lain? Hantarkan ke email saya di   abiat07@yahoo.com

Sama2lah kita berkongsi ilmu agar semua orang mendapat manfaat bersama. Tak rugi kongsi ilmu. Lagipun, kalau nak sedekah harta, mungkin kita tak berupaya. Inilah mungkin bentuk sumbangan kita yg dapat diberikan kepada mereka2 yg memerlukan!

 

Kalau boleh lampirkan sekali dengan skima jawapan.

 

OK ... jumpa lagi ....... :>


Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.
CAPTCHA
This question is for testing whether you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.
2 + 17 =
Solve this simple math problem and enter the result. E.g. for 1+3, enter 4.